Kem EASY English Day 1

15 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Kem Bijak Matematik ini merupakan kem yang dianjurkan sempena musim cuti sekolah. Kem ini diadakan selama dua hari bermula 14/3/2020 sehingga 15/3/2020. Sasaran utama kem ini diadakan ialah kepada pelajar-pelajar sekolah rendah yang sedang bercuti. Kem EASY English terbuka kepada pelajar darjah 1 hingga darjah 6. Seramai lima orang pelajar iaitu tiga orang pelajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan yang menyertai kem ini.

Kem EASY English ini merupakan kem yang dianjurkan semasa musim cuti sekolah memandangkan pemintaan yang mengalakkan daripada ibubapa.Kem ini secara tidak langsung membantu meningkatkan minat mereka kepada subjek Bahasa Inggeris, yang mana selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini.Selain daripada mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar,kem ini juga memberi impak yang baik kepada pelajar kerana mereka dibiasakan dengan bertutur dalam Bahasa Inggeris dihadapan semua pelajar yang lain.Dengan cara ini ,pelajar akan membiasakan diri serta berkeyakinan diri apabila berhadapan dengan orang lain.Hal ini kerana,setiap pelajar dikehendaki hadir kehadapan dan menjelaskan kepada rakan-rakan yang lain apa yang dipelajari dan difahami ketika di dalam kem.Selain itu,di akhir kelas,Murid-murid di berikan latihan secara bertulis dan atas talian bagi menguji tahap pengetahuan dari apa yang mereka pelajari dari kem ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas